Friday 13 March 2015

Resipi Atkins: Rosemary Chicken SauSage

Salam uolzzz...

Mood tengah rajin nak mengupdate blog datang tiba-tiba. Dah seminggu Aida start Atkin.... Kalau orang tanya apa yang aida rasa lepas semingggu beratkins, aida jawab rasa BESTTTTT sangat... kita dah boleh pakai seluar jeans size 36 kawan-kawan.... rasa bermimpi sangat..

ok tak nak membebel panjang kat sini, meh kita share satu resipi atkins yang sangat wallah... yummy sangat.. Selain untuk mereka-mereka yang mengamalkan diet atkins, resipi ni sesuai  untuk disediakan untuk seisi keluarga... anak-anak pun elok makan.... xda pengawet.. semua ingredient sihat.....

Owleh kawan-kawan, ibu-ibu, bapa-bapa semua sediakan pen dah kertas

Rosemary Chicken Sausage with Cheese

Bahan-bahan:-
Isi ayam yg dicincang
Serbuk rosemary (aida pakai daun yg fresh, lagi wangi bau dia)
Serbuk mixed herbs
Daun bawang
Bawang holland
Serbuk black pepper
Cheese cheddar 
Telur ayam 1 biji
Garam scukup rasa
Sayur untuk hiasan (aida guna asparagus dgn salad)
Olive oil

Cara-caranya:-
1. Campakkan semua bahan kecuali telur, garam, dan sayur ke dalam satu bekas. Gaulkan hingga sebati
2. Pecahkan telur dan gaul hingga sebati lagi sekali. Penggunaan telur adalah untuk melekatkan isi ayam tu antara satu sama lain sbb kita xguna tepung langsung
3. Dah sebati, bentukkan bahan yg dah digaul tadi.. Part ni kena sabar sikit. Agak leceh sbb xguna tepung. Dah bulatkan, ambil cheese cheddar yg di patah-patahkan tadi and sumbat di tengah2. 
4. Betulkan kembali.
5. Ulang smpai adunan habis.
6. Dah habis boleh terus grill. Aida grill atas non stick pan je.. Letak sikit olive oil ye kawan2 sblm grill
7. Dah siap, korang hias dengan sayur, ambil gmbar dan jgn lupa sharekan di group atkins... =)

Ni hasil yg aida buat.. Yummy sgt, especially makan time panas-panas... Cheese meleleh di tengah2...

Yg ni aida buat bulat2 pastu penyet kan dia... 

Ni hasil selepas di grill dan di hias cntik.. Yummy sgt

Selamat mencuba kawan2... =)

P/s:: Atkins yg jejakkan kaki ke sini, jgn lupa tnggalkan jejak di chat box, boleh jadikan kenalan. Pasa bloggers atkins, boleh tnggalkan link anda di sebelah.. 

MORE YUMMY RECIPE WILL COMING SOON

No comments:

Post a Comment