Sunday 27 October 2013

Resipi Puding Caramel Yang Mabeles!

Dalam banyak-banyak resipi aida paling suka resipi yang nih... Selain tak menggunakan banyak telur, resipi ni jugak tak menggunakan serbuk agar-agar/jelly.... So, as for me ia adalah super duper sedap...

And for the beginner dan mereka-mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dengan dunia masakan... 
Anda boleh cuba buat this puding... confirm jadilah... kalau kek, muffin dll susah... mendaplah, x naik lah, padatlah macam-macam..

Ok done membebel,
ini resipi yang dijanjikan pada kalian...

RESIPI PUDING CARAMEL

Bahan untuk caramel:
5 sudu besar gula
Sedikit air

Cara-cara:
- Letakkan gula bersama satu sudu besar air ke dalam loyang pembakar.
- Cairkan gula dengan menggunakan api yang perlahan.
- Bila kesemua gula dah larut, tambahkan lagi sesudu besar air
- kacau hingga sebati dah gula berubah menjadi keperangan..(hati-hati jangan sampai terlalu perang, nnti caremel akan jadi hangus dan pahit)
- tutup api , dan ketepikan.

Bahan untuk puding:
5 sudu besar gula pasir
2 biji kuning telur
3 biji telur
500ml susu segar
esen vanilla

Cara-cara:
- pukul kesemua telur besama gula. (pukul slow-slow ja..xpayah pukul macam pukul telur dadar tu tau... pukul ala-ala manja untuk larutkan gula ja).
- Agak-agak gula dah larut, ketepikan.
- panaskan susu segar bersama esen vanila. Juga menggunakan api yang perlahan. Susu x perlu sampai mendidih. Nak suam-suam kuku ja)
- Kemudian, tuangkan campuran susu tadi ke dalam adunan telur tadi... masuk sedikit demi sekit sambil kacau.
-kemudian, tapiskan adunan tadi (tapis sebab nak buang ketulan-ketulan putih telur. Kalau tak, nanti puding tak cantik)
- tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar yang ada caremel tadi.

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu, biasanya aida panaskan periuk kukusan dulu baru start mengadun. Kukus selama 30 minit dengan menggunakan api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan... Kukus sampai puding betul-betul masak...

Kalau yang xda periuk kukus, boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kena guna kaedah 'steam bake' lah..

'Steam bake'= letak loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas
macam ni
Gambar adalah belas ehsan En google..


Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 40-45 minit. Siap! Hiaslah mengikut kreativiti anda... Aida buat x rncg... so xda stawberry segala.. kosong jela...


first time buat...


Second time buat...
Dan ni yang semalam.... Yang ni output dia lebih cantik... 
Semalam first time guna kaedah steam bake... output dia lagi cntik... kalau pakai kukus, dia kurang cantik dan senget (periuk kukus mama senget) =)

Selamat Mencuba kawan-kawan...
[nanti dah buat tagged tau kat facebook... =)]

Resipi Tiramisu

Wallah... ini adalah kegemaran... Tahap ketensioanan mendadak ke tahap maksimum bila tengok gambar tiramisu ni time mood DIET tengah on... hahaha siap huruf besar lagi...

Aida first time makan Tiramisu ni kat Starbuck... Mak oi, memang kuat coffee yang dia pakai... Siap ada bijik-bijik coffee laaa.... Aida dengan sepupu2 time tu, kitaorang ambik satu je tapi penangannya dasyat... berjaya tengok midnight tanpa mnguap.. haha... itu hebat!

Actually dah lama teringin nak buat tiramisu ni, tapi masa tu minat memasak kurang... dah tu tengok bahan-bahan dia pun, mak aih.... menyusahkan... masa tu cream cheese pun x kenal... mcm mana nak buat tiramisu... sampai la terfollow blog akak ni... Slalu dia mention cepat dan pantas dia buat tiramisu... Bahan-bahan yang dia pakai pun tak lah pelik-pelik sangat...

So mood masak turns on....

Jom la buat tiramisu... ini resipi yang dijanjikan untuk kalian... =)

Bahan-Bahan:-
Biskut ladyfinger/savoiardi [boleh jugak guna kek span.. tapi aida prefer biskut... kalau kek lunyai sgt]
250ml Whipping cream [Aida guna brand Emborg]
Cream Cheese [Aida guna brand Philadhephia... Brand Fatura murah skit.. tpi suka Philadhephia jgak]
Serbuk Koko [guna brand Van Houten je]
Serbuk Nescafe
Esen Vanilla
Air putih
1/2 cwn gula pasir

Cara-cara:-
1. Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanilla, dan gula ke dalam mixer.
[Aida dah selalu buat, so aida masukkan semua sekaligus.. Bagi yang first time and beginner dinasihatkan jangan tiru aksi ni.. Bahaya... kalau yang tak biasa boleh melambung semuanya.. korang putar dulu cream cheese, gula n esen vanilaa.. dah sebati baru korang masukkan whipping cream.
2. Putar sampai semuanya sebati... Mula-mula putar slow je dlu... agak dah sebati sikit baru lajukan.. kalau terus laju memang terpelanting semuanya..]
3. Bancuh serbuk nescafe dgn air.. kalau nak biasa2 guna sesudu kecik nescafe je.. kalau yang coffee lover n suka pahit boleh doublekan..air ini kita guna untuk melembapkan biskut
4. Tuangkan air nescafe tu dalam piring.. tuang sikit-sikit ja, celup biskut ladyfinger dpan n blakang.. lepas tu susun dan bekas/cawan kaca
5. Lpas tu letak la cream cheese yang kita putar tadi... ikut korang la nak letak bnyak mana,, aku masa mula-mula letak ciput ja, sbb bukan jenis suka cheese... cheese cake mmg x makan... skali bila makan sedap la pulak... terus buat lebih]
6. dengan menggunakan penapis korang ayak serbuk koko.. kena guna penapis. kalau tak, tak sekata,.. ada tebah, ada nipis serbuk koko tu nanti...


macam nih...



7. then korang ulang step 5 dan 6 smpai korang puas hati dgn ketinggian tiramisu korang...


Buat la sampai jadi macam nih.....


ini dia hasilnya... nak nampak sedap cucuk sikit daun pudina kat atas tu... wallah sangat... yang ni
untuk makan sendiri...


yang ni pulak untuk diagihkan kepada jiran tetangga... baru sempat nak berbalas bekas yang jiran hantar minggu-minggu yang lalu..

So selamat mencuba... dah buat nanti jangan lupa tagged tau... kalau nak hantar sikit kat rumah, itu adalah lebih baik.. =)