Monday 4 August 2014

Resipi Sambal Paru

Mengada la korang, sambal paru pun nak mintak resipi ea... tapi disebabkan aida pun jenguk kat internet sbb nak sambal paru yang power so meh aida share kat sini... Tak semua orang suka makan sambal paru.... Aida dulu tengok pun geli.. bila usia dah mula bertambah baru start suka makanan macam ni....

Ok ini resipi.. Kalau xjadi sila jgn marah... Saya budak baru belajar...

Bahan-Bahan:-
-1kg paru yang telah direbus
-2 labu bawang besar - dipotong bulat
-2 batang serai - diketuk
-5 ulas bawang merah - dikisar
-5 ulas bawang putih -dikisar
-sedikit halia - anggaran sebesar duit lima puluh sen - dikisar
-55 tangkai cili kering yang telah direbus/direndam dengan air panas -dikisar
-Sedikit belacan -anggaran sebesar duit 50 sen
-Minyak utk menggoreng paru dan menumis
-Garam
-Gula
-serbuk kunyit

Cara-caranya:-
1. potong paru senipis yang boleh. Gaulkan dengan kunyit dan garam.
2. Goreng paru dalam minyak yg betul2 panas dan pastikan kuantiti minyak banyak... Goreng sampai paru menjadi garing... Kalau x, x sdap.  Ketepikan.
3. Buang sedikit minyak, dan tumis bahan yg dikisar tdi. Agak2 sambal dah sparuh masak Masukkan serai garam dan gula.
4. Masak sehingga smbal menjadi garing dan kering.
5. Bila sambal dan betul2 kering masukkan bawang yg dipotong bulat. 
6. Tutup api dan biarkan sambal sejuk. Dah sejuk baru gaulkan dengan paru yg digoreng tadi... 
7. Siap. Sedia utk dimakan dgn nasi panas dan kicap kipas udang. 

Ok.. Dah telan air liurrt!!!