Thursday 6 February 2014

Impian dan Cita-cita...

Semua orang ada impian dan cita-cita... kalau 15 tahun dulu orang tanya apa cita-cita aku, aku mesti jawab doktor... nak jadi doktor... nanti nak ubatkan ama, abah, maktok n wan aku.... kena pulak time tu maktok dgn wan mmg tengah sakit...jadi faktor itu sangat menyumbang untuk aku tanamkan impian untuk bergelar seorang doktor...

Umur semakin meningkat, dan aku perasan minat dan kegemaran aku bukanlah untuk subjek-subjek sains... aku suka Math.... aku sangat minat subject Math... jadi cita-cita terus bertukar dari seorang doktor kepada akauntan. padahal masa itu aku xtau pun apa itu akaun. Naik form 4, aku apply teknik... dapat electric engineering... so cita-cita itu bertukar lagi... Engineer pulak kali ini... Mungkin tak mustahil memandangkan darah yang mengalir dalam badan aku ada darah engineer.... mama dengan abah dulu masing-masing engineer n assitant engineer... so x mustahil untuk aku juga bergelar engineer..

Tapi,
macam mana nak jadi engineer kalau tiap kali subjek kejuruteraan aku menempek duduk sebelah kawan-kawan lelaki... bukan mngorat, tapi minta buatkan untuk aku... kalau teori aku ok... boleh ke jadi engineer kalau untuk final projek pun power supply yg aku buat tak berfungsi... lepas repair terus meletup... harus x layak untuk terus bercita-cita menjadi engineer.... 

Lepas SPM, result aku tak seperti yang sepatutnya... so kecewa....aku apply jugak U, tapi dapat course tah apa2... so decide nak masuk swasta... pergi cosmopoint dapat tau dengan result aku, aku layak mohon MARA... tapi kena ambik subject graphic... so aku reda.... terus jadi budak graphic pulak....

n now... after 5 years, alhamdullillah aku bergelar seorang Graphic Designer... bunyi mcam hebat... cubalah masuk chatroom and mention korang graphic designer, mesti diaorg cakap hebat... hebat atau x diri sendiri sahaja yang tahu...

Dan selepas lebih setahun bekerja, aku rasa kerjaya Graphic Designer kurang sesuai untuk seorang perempuan... especially yang telah berkeluarga.... sangat-sangat tak sesuai.... kalau korang jenis yang gila kerja go on... tapi kalau yang jenis yang pentingkan family macam aku, better cri jalan lain...

Dan demi perancangan pada masa hadapan, aku decide untuk sambung Master dalam bidang pendidikan... YES... jadi pendidik akhirnya....

Hebatkan perancang Allah... kita merancang je, dia yang tentukan semua... dan sememangnya Allah adalah sebaik-baik perancang.... Moga segala apa yang aku buat mendapat keberkatan dan sentiasa di bawah perlindungannya....

6 days to go untuk bergelar pelajar Master... hoyehhhh....

No comments:

Post a Comment