Friday 3 October 2014

RESIPI AYAM PENYET

Salam uolzzz....

Hari ni akak update blog, korang xyah buat-buat terkejut..... muahahhaha... Alkisah, semalam ada kawan minta resipi ayam penyet, so dari nak taip panjang lebau baik campak resipi kat sini.... before ni ada jugak yang mintak tapi disebabkan nak mengarang panjang lebau akak terus lupa....

Actually akak dah cuba memacam resipi. ada yang ayam rangup, ada yang ayam goreng garing... so disebabkan mood akak pagi ni sangat cool, akak akan bagi korang tiap2 resipi yang still lekat kat otak akak....korang prefer pilih mana yang korang suka....

so sapa nak resipi ni boleh ambik pen, ambik kertas salin resipi...

here we go...

RESIPI AYAM PENYET AKAK

A01. Resipi Ayam Goreng Garing
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
1 sudu serbuk kari ikan/rempah ayam goreng berempah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
serbuk kunyit
garam
dua inci halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
telur

Cara-cara:-
- Basuh ayam dan toskan.
- Masukkan semua bahan ke dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.
- Gaul bahan yg di blend dan perap 2-3 jam. kalau semalam lagi sedap.
- Goreng dalam minyak yang banyak. Siap!
-bahan yg dikisar ni sila simpan sedikit untuk goreng tauhu dan tempe nanti

Atau kalau jenis suka yang celup tepung, korang boleh try yang ni...

A02. Resipi Ayam Goreng Berempah bersama tepung
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
1 sudu serbuk kari ikan/rempah ayam goreng berempah
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
serbuk kunyit
garam
dua inci halia
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
tepung gandum

Cara-cara:-
- Basuh ayam dan toskan. Rebuskan ayam. Air rebusan ayam disimpan untuk dijadikan stok ayam utk sup.
- Masukkan semua bahan ke dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.
- Gaul bahan yg di blend pada ayam yang direbus tadi dan perap 2-3 jam. kalau semalam lagi sedap.
- lumurkan dengan tepung gandum.
- Goreng dalam minyak yang banyak. Siap!

B. Sup Ayam
Bahan-bahan :-
Beberapa potong ayam
1biji buah keras
seinci halia
bawang putih
bawang merah
 lada hitam (ikut kepedasan)
Ubi kentang
carrot
Saleri
Daun bawang
Daun Sup
BAwang Goreng.
Minyak untuk menumis
Air
Buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
-Masukkan air kedalam periuk dan rebus ayam. Atau kalau korang guna seipi A02, bleh guna panaskan semua air rebusan ayam tadi. Biarkan hingga mendidih dan menggelegak.
-Blend buah keras, halia, bwang putih, bawang merah, lada hitam.
-Ambil kuali dan panaskan minyak. Tumis buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. masak hingga sedikit kering dan naik bau.
-Untuk menjamin kesihatan seisi rumah, saring lemak-lemak di permukaan air rebusan ayam yg sedang mendidih.
-masukkan bahan yang ditumis asing tadi. dah mendidih masukkan ubi, carrot dan batang saleri.masukkan hirisan kasar daun sup.
- Perasakan dengan garam.
- Ambil mangkuk masukkan sup. Tabur daun bawang dan bawang goreng. pergh terangkat!!

*Resipi sup ni dari indon, so lain sikit cara pembuatannya berbanding kita di Malaysia. Gituu dong...

C. Sambal Ayam Penyet
Bahan-bahan
7 biji cili merah
10 batang cili padi
5 biji tomato dipotong 4
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 setengah inci belacan
Minyak
Garam
Gula

Cara-Cara:
-Panaskan minyak. Goreng cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah.
- bila dah layu masukkan tomato dan belacan. Masak hingga layu
-Biarkan sejuk sekejap.
-Dah sejuk, masukkan dalam blender, masukkan garam dan gula. Blend. Blend ikut citarasa. Ada suka halus, ada suka kasar. Bagi yang rajin blh tumbuk je... tapi akak malas... mauhahaha

D. Tauhu dan Tempe
Bahan-bahan:-
Tauhu yang sudah dipotong
tempe yang sudah dipotong
bahan perapan ayam
tepung gandum

cara-cara:-
-celup tauhu dan tempe dalam bahan perapan ayam. gaul dengan tepung gandum.
- Goreng dalam minyak yang banyak.

E. Sayur dan Ulam-ulaman
Bahan-bahan:-
Kacang panjang
Kobis bulat
Kangkung
timun

Cara-cara:-
-bersihkan semua yg di atas.
-celur kacang panjang, kobis dan kanking dalam air panas.
- Susun cantik-cantik dalam pinggan.

Ni yang akak buat beberapa purnama yang lalu... Lama dah akak x buat sebenarnya... Mama akak pun dah asyik sebut-sebut nak ayam penyet. Lepas raya la akak buat....


So, korang silalah cuba.... ayam penyet ni xsemua orang suka... tapi ni faberet akak... Dulu zaman bercinta kalau abam ajak makan ayam penyet, hati akak berbunga-bunga uolzzz... Dapat roses sejambak pun hati akak bunga-bunga macam ayam penyet...

Selamat mencuba korang... akak nak sambung kerja mendesign. Tata titi tutu

P/s: Buat classmate Norul Baiti, dah buat jangan lupa bagi bakal mak mertua rasa. Kompem bakal mak mertua ko sayangggggg... =P